Wednesday, July 29, 2015

Anak Perempuan Zahid Hamidi Bersuara di Instagram

Semalam satu Malaysia digembar gemburkan dengan pelantikan baru Timbalan Perdana Menteri (TPM) iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin nyata menerima pelbagai reaksi daripada netizen sejak diumumkan. Demikian juga, anak kepada bekas TPM iaitu Najwa telah memuat naik kata-kata semangat terhadap bapanya itu semalam di laman Twitter.

Namun hari ini, turut menarik perhatian pula iaitu anak perempuan Ahmad Zahid, Nurul Hidayah yang menzahirkan sokongan penuh terhadap bapanya selain mengucapkan tahniah menerusi laman Instagram, sayanurulzahid.

Abah betapa orang sedang menyanjungmu, memujimu, memakimu, menyumpah seranahmu, kau tetap suami, abah, grandpa kami.
Tetaplah dengan Istiqamahmu, janjimu kepada Maha Pencipta. Sebagai anak, bukan status yang kami pandang. Abah tetap abah.

Pandanglah tanggungjawabmu dengan ‘mata hati’.

Kami redha akan perkongsian abah dengan tanggungjawab yang digalas.

Ketentuan Allah tidak terjangkau dek akal. Pesan abah ikut rasmi padi “makin berisi tambah menunduk” akan kekal sehingga akhir hayat kami.

Ini suatu amanah dan ujian Allah. All the best dan semoga Allah memberi kekuatan iman, taqwa, tabah n sabar pada Abah.
 
 Ucapan yang dimuat naik anak kepada bapa ini nyata mencuri perhatian pengikutnya hingga ada menyifatkan status itu mempunyai makna mendalam dan menyentuh hati.

Menerusi kapsyen tersebut, Nurul Hidayah, 36, yang merupakan anak sulung Ahmad Zahid meluahkan perasaannya untuk cuba memahami tanggungjawab yang disandang si bapa meskipun menyedari masa untuk mereka bersama akan berkurang. Sumber asal : MYNEWSHUB.CC

Siapalah kita untuk menghalang orang daripada mencemuh bapa atau ahli keluarga kita jika dia milik masyarakat. Yang zahirnya, jika pemimpin itu menjalankan tanggungjawab dengan jujur, pasti rakyat akan mempercayai dan menyayanginya. Justeru, sebagai anak kita harus sokong kebaikan yang diberikan oleh bapa kita yang menjadi pemimpin negara. - CARI Infonet

JPM ambil alih JPAM mulai hari ini

PUTRAJAYA 29 Julai - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan diletakkan di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuat kuasa hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim akan dipertanggungjawabkan menerajui JPAM dalam bahagian pengurusan bencana alam. 

Menurutnya, selaras dengan keputusan itu Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang sebelum ini mengendalikan JPAM akan lebih tertumpu pada koordinasi soal keselamatan negara yang melibatkan jabatan, agensi di bawah Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Perkara ini adalah arahan Perdana Menteri dan ia diputuskan sebelum rombakan Kabinet berlaku.

“Saya yakin entiti baharu di bawah naungan JPM akan memperlihatkan kerajaan serius dalam memberi tumpuan khusus soal bencana alam yang tidak lagi di bawah kendalian MKN,” katanya selepas menghadiri majlis meraikan pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri bersama kakitangan KDN di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jpm-ambil-alih-jpam-mulai-hari-ini-1.118319#sthash.haPiVLrf.dpuf

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta semua pihak menghentikan khabar angin yang mengaitkan kebakaran di Menara Bukit Aman lama petang tadi dengan isu semasa. Menerusi akaun Twitternya sebentar tadi, beliau memaklumkan hanya dokumen tidak penting yang berada di koridor tingkat 10 yang terbakar. "Hanya dokumen tidak penting di koridor Ting 10 @PDRMsia yang terbakar. Bahagian pejabat selamat. Tingkat 10 adalah pejabat tadbir JSJ (Jabatan Siasatan Jenayah). Hentikan khabar angin," katanya. Petang tadi, menara yang menempatkan Pejabat pentadbiran D1 Jabatan Siasatan Jenayah, terbakar, dan api berjaya dipadamkan pada jam 7.47 malam tadi. Kecoh di media sosial yang mengaitkan kononnya kebakaran terbabit adalah sebahagian usaha pihak berkuasa untuk menghapuskan bukti membabitkan siasatan tertentu termasuk isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/70942

Senarai penuh Kabinet 2015

PERDANA MENTERI
Datuk Seri Najib Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Razak

MENTERI KEWANGAN II:
Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri:
1. Datuk Chua Tee Yong
2. Datuk Johari Abdul Ghani

MENTERI PERTAHANAN
Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Timbalan Menteri:
1. Datuk Mohd Johari Baharum

MENTERI DALAM NEGERI
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri:
1. Datuk Nur Jazlan Mohamed
2. Masir Anak Kujat

MENTERI LUAR NEGERI
Datuk Seri Anifah Aman Timbalan Menteri
1. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 2
Datuk Seri Ong Ka Chuan

Timbalan Menteri:
1. Datuk Ahmad Maslan
2. Senator Datuk Lee Chee Leong

MENTERI KESIHATAN
Datuk Seri Dr S.Subramanian

Timbalan Menteri
1. Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

MENTERI PENDIDIKAN:
 Datuk Seri Mahdzir Khalid

Timbalan Menteri:
1. P.Kamalanathan
2. Chong Sin Woon (Senator)\

MENTERI PENGAJIAN TINGGI
Datuk Seri Idris Jusoh

Timbalan Menteri:
1. Datuk Mary Yap Ken Jin

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Timbalan Menteri:
1. Datuk Mas Ermieyati Samsudin

MENTERI PENGANGKUTAN
Datuk Seri Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri:
1. Datuk Abdul Aziz Kaprawi

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Datuk Amar Douglas Unggah Embas

Timbalan Menteri:
Datuk Noriah Kasnon

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
Senator Datuk Seri Salleh Said Keruak

Timbalan Menteri:
1. Datuk Jailani Johari

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili

Timbalan Menteri:
1. Datuk Seri Dr James Dawos Mamit

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri:
1. Datuk Alexander Nanta Linggi
2. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Wilfred Madius Tangau Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr Abu Bakar Diah

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Timbalan Menteri:
1. Datuk Ir Hamim Samuri

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri:
1. Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

 MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Seri Fadillah Yusof

Timbalan Menteri:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN: Datuk Hamzah Zainuddin

Timbalan Menteri:
Senator Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT
Datuk Seri Rohani Abdul Karim

Timbalan Menteri
1. Datuk Azizah Mohd Dun
2. Senator Datuk Chew Mei Fun

MENTERI SUMBER MANUSIA
Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem

Timbalan Menteri
1. Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Timbalan Menteri 1.
Datuk loga Bala Mohan

MENTERI BELIA DAN SUKAN
Khairy Jamaluddin

Timbalan Menteri
1. Datuk M Saravanan

MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Datuk Seri Azalina Othman Said
2. Nancy Shukri
3. Senator Datuk Seri Wahid Omar
4. Datuk Wee Ka Siong
5. Datuk Seri Jamil Khir Baharom
6. Senator Datuk Seri Idris Jala
7. Tan Sri Joseph Kurup
8. Datuk Joseph Entulu Belaun
9. Datuk Seri Shahidan Kassim
10. Senator Paul Low Seng Kuan
11. Datuk Mah Siew Keong

Timbalan Menteri
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
PERDANA MENTERI Datuk Seri Najib Razak TIMBALAN PERDANA MENTERI Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi MENTERI KEWANGAN: Datuk Seri Najib Razak MENTERI KEWANGAN II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah Timbalan Menteri: 1. Datuk Chua Tee Yong 2. Datuk Johari Abdul Ghani MENTERI PERTAHANAN Datuk Seri Hishammuddin Hussein Timbalan Menteri: 1. Datuk Mohd Johari Baharum MENTERI DALAM NEGERI Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Menteri: 1. Datuk Nur Jazlan Mohamed 2. Masir Anak Kujat MENTERI LUAR NEGERI Datuk Seri Anifah Aman Timbalan Menteri 1. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/70592

Anak-anak Sosilawati berjaya dapatkan sijil kematian ibu

KUALA LUMPUR: Lima anak jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya hari ini berjaya mendapatkan sijil kematian ibu mereka, yang mati dibunuh di Banting, Selangor, pada 2010.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman lima anak jutawan itu supaya sijil kematian ibu mereka dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Mahkamah turut memerintahkan Pengarah Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat JPN mengeluarkan sijil kematian itu dalam tempoh masa 14 hari bermula hari ini.

Asmabi ketika membuat keputusan itu berkata mahkamah mengguna pakai penghakiman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Mei 2013, yang mensabitkan empat tertuduh bersalah mmembunuh Sosilawati dan tiga yang lain.

Katanya berdasarkan penghakiman itu, mahkamah mendapati darah yang ditemui pada kepingan atap zink adalah berpadanan dengan seorang lagi yang turut dibunuh ketika menyertai Sosilawati ke lokasi kejadian.

Asmabi berkata dua tertuduh sebelum ini turut mengaku bersalah membakar mayat Sosilawati dan tiga yang lain serta membuang abu keempat-empat mangsa.

Kelima-lima anak Allahyarham Sosilawati yang diwakili peguam Mohd Iskandar Ismail tidak hadir pada prosiding hari ini manakala JPN diwakili Peguam Kanan Persekutuan Maisarah Juhari.

Pada 24 September 2014, anak-anak jutawan itu -- Erwan Suwari Rizuwan Buhari, 29, Md Erwan Nasri, 28, Erni Erinawati Sofia, 26, Erni Rineelawati, 25,  dan Siti Nur Fatimah, 18, -- memfailkan permohonan dengan menamakan JPN melalui Pengarah Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat sebagai responden tunggal.

Mereka antara lain, memohon satu perintah untuk membatalkan keputusan JPN pada 25 Julai 2014, yang tidak mengeluarkan sijil kematian ibu mereka.   

Dalam surat mereka kepada JPN, lima beradik itu menyatakan bahawa mereka memerlukan sijil kematian untuk membolehkan mereka menguruskan harta arwah ibu mereka kepada waris-warisnya.

Pada 23 Mei 2013, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang - T.Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan - selepas mendapati mereka bersalah membunuh Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

- astro awani

Bobbi Kristina Brown Dies at 22

Bobbi Kristina Brown, the daughter of late music legend Whitney Houston and R&B singer Bobby Brown, died on July 26, surrounded by her family, at Peachtree Christian Hospice in Duluth, Georgia. She was 22.
"She is finally at peace in the arms of God," the Houston family said in statement to ET. "We want to again thank everyone for their tremendous amount of love and support during these last few months."
On Jan. 31, Bobbi Kristina was found unresponsive in her bathtub, and was then taken to North Fulton Hospital in Roswell, Georgia, where she was put on a ventilator to assist her breathing. She was later placed in a medically induced coma at Atlanta's Emory University Hospital.

Monday, July 27, 2015

Penularan demam campak di KL masih belum disifatkan sebagai epidemik

KUALA LUMPUR: Susulan dakwaan penularan demam campak dan cacar air di Kuala Lumpur,penularannya masih belum disifatkan sebagai wabak atau epidemik.

Ini kerana menurut pensyarah dan penyelidik fakulti perubatan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Noran Naqiah Hairi, penularannya tidak kelihatan dalam kalangan komuniti atau ia belum didiagnos lebih daripada dianggarkan.

Beliau diminta mengulas mengenai keraguan penularan demam campak dan cacar air di Kuala Lumpur susulan tindakan segelintir pegawai perubatan serta jururawat membuat pemeriksaan lanjut mengenainya.

Dr Noran turut menarik perhatian bahawa apabila sesuatu kes penyakit itu dikesan lebih daripada dua, ia adalah epidemik dan bukan sebaliknya.

"Jadi macam penyakit berjangkit seperti penyakit campak, measles ataupun chickenpox kita selalunya tak nampak dalam komuniti tapi kemudian kalau ada kes-kes yang didiagnose chickenpox atau measlesmelebihi daripada yang kita anggarkan, ini yang kita panggil sebagai ‘outbreak’ ataupun epidemik," kata beliau apabila dihubungi Astro AWANI.

Sementara itu beliau memberikan nasihat berikut jika mengetahui atau mengesan sebarang kes penyakit campak dan cacar air, "Ini penyakit yang berjangkit yang kita kata kena melaporkan kepada pegawai kesihatan.

"Jadi sememangnya melaporkan kes penyakit berjangkit ini memang ada dalam akta seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Jadi apabila macammeasles disahkan dua kes ataupun melebihi daripada dua,  ini boleh dikatakan sebagai satu 'outbreak' ataupun satu epidemik."

Dr Noran juga apabila ditanya tahap kesedaran orang ramai tentang kepentingan mengambil vaksin,beliau menjelaskan, ia perlu dipertingkatkan memandangkan vaksin untuk penyakit seperti cacar air dan campak perlu diberi secepat mungkin.

Dalam perkembangan sama, penolong pengarah kesihatan Kementerian Kesihatan Datuk Dr Rohani Jais ketika dihubungi memaklumkan kementerian kesihatan akan mengeluarkan  kenyataan rasmi mengenai perkembangan penularan campak dan cacar air di Kuala Lumpur.

Isu mengenainya menimbulkan kekhuatiran apabila terdapat laporan pada Ahad  bahawa seorang doktor mendakwa melihat pemeriksaan keberkesanan bekalan vaksin oleh pegawai kesihatan di sebuah klinik di Kuala Lumpur.

Berikutan itu, sekumpulan jururawat membuat pemeriksaan rumah ke rumah ke atas kanak-kanak berhubung perkara sama.

-astro awani