Wednesday, July 29, 2015

Anak Perempuan Zahid Hamidi Bersuara di Instagram


Semalam satu Malaysia digembar gemburkan dengan pelantikan baru Timbalan Perdana Menteri (TPM) iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin nyata menerima pelbagai reaksi daripada netizen sejak diumumkan. Demikian juga, anak kepada bekas TPM iaitu Najwa telah memuat naik kata-kata semangat terhadap bapanya itu semalam di laman Twitter.

Namun hari ini, turut menarik perhatian pula iaitu anak perempuan Ahmad Zahid, Nurul Hidayah yang menzahirkan sokongan penuh terhadap bapanya selain mengucapkan tahniah menerusi laman Instagram, sayanurulzahid.


Abah betapa orang sedang menyanjungmu, memujimu, memakimu, menyumpah seranahmu, kau tetap suami, abah, grandpa kami.
Tetaplah dengan Istiqamahmu, janjimu kepada Maha Pencipta. Sebagai anak, bukan status yang kami pandang. Abah tetap abah.

Pandanglah tanggungjawabmu dengan ‘mata hati’.

Kami redha akan perkongsian abah dengan tanggungjawab yang digalas.

Ketentuan Allah tidak terjangkau dek akal. Pesan abah ikut rasmi padi “makin berisi tambah menunduk” akan kekal sehingga akhir hayat kami.

Ini suatu amanah dan ujian Allah. All the best dan semoga Allah memberi kekuatan iman, taqwa, tabah n sabar pada Abah.
 
 Ucapan yang dimuat naik anak kepada bapa ini nyata mencuri perhatian pengikutnya hingga ada menyifatkan status itu mempunyai makna mendalam dan menyentuh hati.

Menerusi kapsyen tersebut, Nurul Hidayah, 36, yang merupakan anak sulung Ahmad Zahid meluahkan perasaannya untuk cuba memahami tanggungjawab yang disandang si bapa meskipun menyedari masa untuk mereka bersama akan berkurang. Sumber asal : MYNEWSHUB.CC

Siapalah kita untuk menghalang orang daripada mencemuh bapa atau ahli keluarga kita jika dia milik masyarakat. Yang zahirnya, jika pemimpin itu menjalankan tanggungjawab dengan jujur, pasti rakyat akan mempercayai dan menyayanginya. Justeru, sebagai anak kita harus sokong kebaikan yang diberikan oleh bapa kita yang menjadi pemimpin negara. - CARI Infonet

No comments:

Post a Comment