Saturday, July 25, 2015

MIMPI SUASANA, SIFAT ATAU SIKAP

1. BAKHIL
  • Bakhil (kedekut)  ialah sifat yang amat tercela dan ia adalah perbuatan yahudi mimpi seseorang yang bakhil bermakna mereka adalah orang yang tercela.

2. BERSIKAP TEGAS

  • Mimpi bersikap tegas bermakna kekuatan, kedudukan, kekuasaan, mendapat pertolongan  dan teguh dalam pendirian.

3. PANGKAT YANG TINGGI

  • Mimpi mempunyai kedudukan yang tinggi bermakna akan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat.

4. CINTA

  • Mimpi mencintai kedua orang tua dan seluruh keluarga bermakna akan melakukan perbuatan yang baik.
  • Mimpi mencintai wanita bermakna akan melakukan perbuatan yang jelik.

5. HASAD

  • Mimpi melihat seseorang yang berlaku hasad bermakna orang tersebut jahat dan menyesatkan.  Sedangkan orang yang dihasut akan mendapat nikmat.  Oleh itu sekiranya mimpi orang yang bersikap hasad makan cepat-cepatlah berlindung kepada allah dari kejahatan orabng yang berlaku hasad.

6. MAJLIS PENGANTIN

  • Mimpi majlis yang penuh dengan aktiviti maksiat bermakna akan terjadi keburukan.
  • Mimpi mengikuti majis pengantin yang sesuai dengan dasar-dasar islam maka ia bermakna kebaikan

7. MUKA MASAM

  • Mimpi melihat orang yang bermuka masa  bermakna kesesatan dan tipu daya serta orang tersebut adalah orang yang fasik.

8. SEJUK

  • Mimpi rasa sejuk yang turun dari langit bermakna rahmat turun.
  • Berjalan dengan rasa sejuk bermakna kefakiran kerana kesejukan dari langit menyucikan bumi dari dosa-dosa hamba.

9. SOMBONG

  • Mimpi seseorang yang bersifat sombong bermakna penyakit dan kehinaan.
  • Siapa yang bersifat sombong maka allah akan menghinanya.

 10. SABAR

  • Mimpi bersikap sabar bermakna akan mendapat husnul katimah setelah berumur panjang atau penuh dengan kebaikan dan amal soleh.

11. RENDAH DIRI

  • Mimpi rendah diri bermakna akan dicintai allah.
  • Mimpi rendah diri juga bermakna akan diangkat darjatnya dan mengalahkan orang yang sombong dan jahat.

No comments:

Post a Comment