Saturday, July 25, 2015

MIMPI PAKAIAN DAN LAIN-LAIN

1.  Baju
  • Mimpi memakai baju bulu, bermakna akan mendapat kekayaan, kesihatan dan kesembuhan dari penyakit.
  • Mimpi memakai baju katton, bermakna akan selesa hidupnya.
  • Apabila mimpi baju sutera dipakai lelaki bermakna kemaksiatan tetapi jika dipakai wanita bermakna kebahagiaan.
  • Mimpi mayat memakai baju sutera, bermakna akan masuk syurga.
  • Mimpi memakai baju berwarna hijau, bermakna akan menjadi orang takwa, bahagia hidupnya dan mendapat keredhaan Allah.
  • Mimpi kaum memakai baju putih, ia sama dengan baju hijau tetapi darjatnya lebih rendah atau juga menunjukkan kaum tersebut adalah golongan orang-orang yang beriman.
  • Mimpi memakai baju kuning bermakna akan sakit atau akan sedih.
  • Mimpi memakai baju baru yang bermacam-macam warna, bermakna akan mendapat fitnah.
  • Mimpi memakai baju baru bermakna akan mendapat jodoh.
  • Barangsiapa yang mimpi memakai baju menutupi seluruh badannya termasuk muka dan hidungnya bermakna akan menemui ajal. Oleh itu cepat-cepatlah bertaubat.
  • Mimpi memakai baju yang koyak, ia bermakna akan terkena sihir. Oleh itu harus berhati-hati dan amalkan membaca ayat kursi.
  • Mimpi memakai baju api, bermakna kekufuran dan murtad.
     
2. Baju Besi

  • Mimpi memakai baju besi bermakna akan mendapat perlindungan, kekuatan yang kukuh dan juga mempunyai kehebatan.
  • Mimpi wanita memakai baju besi bermakna wanita tersebut hidupnya akan terjaga.
  • Mimpi banyak mempunyai baju besi bermakna akan banyak zuriatnya.
  • Mimpi memakai baju besi kemudian turunhujan dan air hujan itu mengalir ke seluruh baju tersebut, maka iabermakna akan mendapat kesenangan dan keuntungan.
  • Mimpi memakai baju besi kemudian air mengalir (bukan air hujan) ke seluruh bajunya, maka ia bermakna mereka akan terbunuh di tempat itu.
3. Cadar

  • Mimpi cadar, bermakna akan mendapat kebaikan, kemuliaan dan keagungan serta akan mendapat pangkat.
  • Mimpi cadar koyak, terbakar atau kotor bermakna akan susah dan mendfapat bencana.
4. Menenun

  • Mimpi menenun kain tenun, bermakna akan pulang orang yang hilang atau akan memperolehi anak.
  • Mimpi melihat anak lelaki menenun kain, bermakna anak tersebut akan memiliki moral yang rendah.
  • Mimpi seseorang merosak tenunan, bermaknaorang tersebut akan khianat, tidak mahu membayar hutang atau akan merosak perjanjian.
  • Mimpi menjual tenunan, bermakna akan berpergian.
  • Wanita mimpi membeli kain tenun, bermakna akan mendapat keuntungan berupa harta.
5. Menutup

  • Apabila anda mimpi ditutup oleh sesuatu bermakna anda adalah orang yang lalai atau orang yang berdosa.
6. Menjahit

  • Mimpi menjahit sesuatu yang koyak dengan benang dan jarum serta dilakukan dengan cara yang sangat mudah sekali, maka bermakna anda akan mendapat kebaikan.
7. Kain Tudung

  • Mimpi lelaki memakai tudung bermakna lelaki tersebut akan mendapat aib, jika wanita yang memakai tudung bermakna wanita tersebut mendapat kebaikan dan kemuliaan.
8. Sepatu

  • Mimpi memakai sepatu yang cantik, bersih dan sesuai bermakna kehidupan anda akan selesa dan selalu sihat.
  • Mimpi memakai sepatu yang kotor dan tidak sesuai bermakna kehidupan anda tidak akan selesa.
9. Kain

  • Mimpi memakai kain cantik yang menutup semua aurat bermakna kebaikan.
  • Mimpi wanita memakai kain berwarna merah bermakna akan mendapat cela dan aib yang akan menimpa pada wanita tersebut.
10. Kain Kafan

  • Mimpi menjahit kain kafan, bermakna akan meninggal dunia.
  • Mimpi ,eliat laki-laki meletakkan kain kafan di kepalanya bermakna lelaki tersebut adalah lelaki soleh yang telah bersedia bertemu Allah.
  • Mimpi membeli kain kafan bermakna sedang mencari keredhaan Allah.
  • Mimpi lelaki merosakkan atau mengoyakkan kain kafan bermakna lelaki tersebut melakukan zina.
11. Serban

  • Mimpi memakai serban dalam keadaan bersih bermakna kebaikan.
  • Mimpi serban koyak atau jatuh tidak memiliki erti apa-apa.
12. Selimut

  • Mimpi memakai selimut yang tebal, bersih dan cantik bermakna akan berpergian untuk mencari rezeki atau ilmu atau juga bermakna sedang menyimpan harta kekayaan.
  • Mimpi selimut dengan wap bermakna kerosakan atau akans akit.
13. Selipar

  • Mimpi memakai selipar yang cantik bermakna kebaikan.
  • Mimpi memakai selipar yang buruk bermakna keburukan akan terjadi.
  • Mimpi menanggalkan selipar di tempat suci bermakna kebaikan dan kemuliaan.
14. Stokin

  •  Mimpi memakai stokin dalam keadaan baik dan bersih bermakna anda dalam keadaan aman dan berkah.
  • Mimpi mekakai stokin yang kotor bermakna kebodohan dan menudaratan dan juga bermakna anda mengabaikan hak-hak Allah.
  • Mimpi stokin kotor kemudian kamu membersihkannya bermakna anda sedang bertaubat dan kembali kepada Allah.
15. Sutera

  • Mimpi mayat memakai sutera bermakna mayat itu baik.
  • Mimpi lelaki memakai sutera ia bermakna lelaki tersebut fasik.
  • Mimpi wanita memakai sutera bermakna wanita itu hidup bahagia.
  • Mimpi menyimpan sutera bermakna kebaikan, jika sedang susah maka akan gembira dan mendapat pertolongan.
16. Jubah

  • Bagi yang bujang jika bermimpi memakai jubah maka akan cepat berkahwin.
  • Mimpi suka memakai jubah yang koyak bermakna akan muflis.
  • Mimpi jubah yang koyak-koyak bermakna akan bercerai.
17. Ihram

  • Mimpi kaum memakai baju ihram bermakna kaum tersebut adalah orang-orang yang zuhud.
  • Memakai baju ihram juga bermakna akan umrah atau akan naik haji.

No comments:

Post a Comment