Saturday, July 25, 2015

MIMPI BARANG-BARANG PERHIASAN

1.  Anting-Anting
  • Mimpi melihat wanita memakai anting-anting yang biasa dipakai, ia bermakna kebaikan dan menunjukkan wanita tersebut tidak melanggar syarak.
  • Mimpi melihat lelaki memakai anting-anting, ia bermakna keburukan dan keingkaran.
2.  Batu Akik
  • Mimpi batu akik, bermakna kebaikan, iaitu akan mendapat kesenangan setelah menghadapi kesedihan, akan dimudahkan setelah menghadapi kesulitan dan akan menjadi kaya setelah menderita kemiskinan.
3.  Dirham
  • Mimpi mempunyai satu dirham, bermakna mempunyai anak lelaki.
  • Mimpi mengambil dirham, bermakna pemberian.
  • Mimpi orang memberi dirham, bermakna akan mendapat perkara yang sia-sia.
  • Mimpi menebar dirham, bermakna anda akan berkata bagus.
  • Mimpi menjaga dirham di almari, bermakna akan menjaga rahsia.
4.  Cincin
  • Mimpi melihat seorang lelaki memakai cincin perak, bermakna keluruhan dan akan mendapat pangkat.
  • Mimpi llaki memakai cincin besi atau emas, bermana akan mendapat perkara yang buruk.
  • Mimpi cincin yang terus melekat di jari anda, bermakna akan semakin kukuh kedudukan anda dan juga isteri akan menjadi isteri yang solehah.
  • Mimpi melepas cincin, ia bermakna akan terlepas kedudukan atau akan menceraikan isteri anda.
5.  Emas
  • Mimpi melihat lelaki memakai perhiasan emas, bermakna lelaki tersebut akan selalu gelisah hidupnya.
  • Mimpi emas di tangan wanita, ia bermakna akan mendapat keselesaan dan kegembiraan.
  • Mimpi mencairkan emas, ia bermakna ujian dan kehinaan akan menimpanya.
6.  Gambar
  • Mimpi melihat gambar, ia bermakna makan harta dengan cara yang tidak halal.
  • Mimpi gambar yang terdiri dari emas, bermakna akan terjadi fitnah dan pengkhianatan.
  • Mimpi menggambarkan dengan alat gambar (kamera), ia bermakna akan melakukan bid'ah.
7.  Gelang
  • Mimpi lelaki memakai gelang emas, ia bermakna lelaki tersebut selakukan dosa.
  • Mimpi lelaki memakai gelang pera, ia bermakna lelaki tersebut adalah orang soleh yang teguh pendiriannya, berilmu dan juga berharta.
  • Mimpi lelaki memakai gelang dari besi, ia bermakna lelaki tersebut akan selalu dalam keadaan sempit hidupnya.
  • Bagi perempuan mimpi memakai gelang emas, ia akan mendapat anak lelaki, tetapi jika memakai geang perak, ia akan mendapat anak perempuan.
8. Rantai
  • Mimpi melihat lelaki memakai rantai (selain emas) di lehernya, bermakna lelaki tersebut berpegang teguh kepada kumpulan jemaah Islam dengan ikhlas, jujur dan penuh dengan keyakinan.
  • Mimpi wanita memakai rantai, bermakna wanita tersebut hidupnya aan sejahtera di dunia dan akhirat.
9.  Mahkota
  • Mimpi mahkota jatuh dari kepala raja, bermakna aan lepas kekuasaan itu dari tangan raja.
  • Mimpi mahkota tetap berada di kepala raja, bermakna raja tersebut akan kekal berkuasa.
  • Jika orang bujang mimpi memakai mahkota, ia bermakna akan kahwin.
10. Mutiara
  • Mimpi mempunyai mutiara, ia bermakna akan bertamba kebaikannya dan juga akanbertambah harta kekayaannya.
11. Panji-Panji
  • Mimpi panji-panji yang bertuliskan "Ia ilaha Illallah" ia bermakna kebaikan dan kemuliaan akan diperolehi.
  • Tetapi mimpi panji-panji bertuliskan selain tersebut, ia bermakna kejahatan.
  • Mimpi panji-panji berwarna putih, bermakna akan terjadi kemesraan dan perdamaian antara mereka yang bergaduh.
  • Mimpi panji-panji berwarna hitam, bermakna peringatan agar berhati-hati.
12. Perhiasan
  • Mimpi melihat kaum yang mendekati perhiasan, bermakna kaum tersebut adalah kaum yang kufur dan banyak dosa, kecuali mendekati perhiasan tersebut untuk kebaikan.
  • Mimpi diberi perhiasan, bermakna akan diberi harta dan anak.
13. Perak
  • Mimpi memegang perak, bermana akan dapat hata dengan cara tiba-tiba dan akan mendapat isteri yang putih.
  • Mimpi maan minum dari cawan perak, bermakna akan mendapat kegembiraan dan akan mati husnul khatimah serta akan mendapat pertolongan dan kebahagiaan.
14. Permata
  • Mimpi permata, bermakna akan mendapat ilmu yang bermanfaat dan juga kemuliaan.
  • Mimpi menjual permata, bermakna akan menyeb arkan ilmu syarak.
  • Mimpi mendapat permata yang banyak, ia bermakna keluhuran, kemuliaan dan bahagia dunia akhirat.
  • Mimpi memberi permata kepada isteri yag hamil bermakna akan melahirkan anak lelaki.

No comments:

Post a Comment