Saturday, July 25, 2015

MIMPI BERKAITAN ANGGOTA TUBUH MANUSIA


1.  Alis Mata


  • Alis mata dalam keadaan baik, ia bermakna imannya kukuh.
  • Mimpi tidak mempunyai ais mata, ia bermakna buta hatinya dan buta penglihatannya.
  • Mimpi alis matanya warna putih, ia bermakna akan ditimpa kesedihan dan sakit.
2.  Air Mata
  • Mimpi keluar air mata ketika solat atau ketika membaca al-Quran, maka ia bermakna kebaikan dan kebahagiaan.
  • Tetapi mimpi seseorang keluar airmatanya ketika melakukan perkara yang tidak baik, ia bermakna pengkhianatan.
3.  Aurat
  • Aurat adalah perkara yang wajib ditutupi, oleh itu mimpi membuka aurat, ia bermakna kurang baik.
  • Mimpi seseorang  menutup aurat orang lain, maka ia bermakna  orang tersebut tergolong  orang-orang  yang soleh dan orang  yang baik.
4.  Darah
  • Mimpi darah keluar bukan terkena luka dan mengalir dari hidung dan telinga, ia bermakna, badan akan sihat.
  • Mimpi minum darah, ia bermakna akan terselamat daripada musuh yang jahat.
  • Mimpi melihat darah merata-rata, ia bermakna akan terjadi peperangan yang dahsat.
  • Wanita hamil mimpi keluar darah, ia bermakna akan keguguran.
  • Orang sakit keluar darah, bermakna  ia akan sembuh.
  • Mimpi melihat darah mengalir, maka hendaklah berhati-hati.
5.  Dagu
  • Mimpi dagu dalam keadaan baik, ia bermakna akan mendapat kebaikan, iaitu akan mendapat kedudukan serta pangkat yang tinggi.
  • Mimpi dagunya terpotong, ia bermakna keburukan
6. Dada
  • Mimpi dadanya lebar, maka ia bermakna akan mendapat kebaikan, kegembiraan, kesejahteraan, keselamatan serta akan memperoleh kejayaan
  • Mimpi dadanya sempit, ia bermakna peringatan, kesedihan dan keraguan.
7. Siku
  • Mimpi siku dalam keadaaan baik dan kuat, ia bermakna kegembiraan
  • Mimpi siku dalam keadaan pecah atau terluka, ia bermakna keluarga atau hartanya akan memperolehi musibah
8. Hidung
  • Mimpi hidung dalam keadaan normal, ia bermakna akan mendapat harta dan anak
  • Mimpi hidung tersumbat, selsema, terkena debu atau terpotong, ia bermakna akan mendapat kehinaan. Oleh itu segeralah mohon pertolongan kepada Allah
9. Haid
  • Lelaki bermimpi haid, ia bermakna akan terjadi kerosakan, tetapi jika yang bermimpi haid itu wanita, ia bermakna kesembuhan
10. Otot
  • Otot adalah anggota tubuh manusia yang paling penting.
  • Mimpi otot dalam keadaan sihat dan kuat, ia bermakna akan mendapat pertolongan
  • Mimpi otot dalam keadaan keletihan, ia bermakna akan menderita
11. Otak
  • Mimpi makan otak haiwan yang halal, ia bermakna harta yang tersimpan akan nampak
  • Mimpi makan otak manusia, ia bermakna akan terjadi perkara buruk. Oleh itu mohonlah keampunan kepada Allah.
12. Telapak tangan
  • Mimpi telapak tangan berwarna putih, ia bermakna akan mendapat kemuliaan dari Allah
  • Mimpi telapak tangan berwarna gelap, ia bermakna orang tersebut berkhianat
  • Mimpi tangan terpotong, ia bermakna akan memerima kerugian.
13. Tenggorokan
  • Mimpi tenggorokan sihat dan normal, ia bermakna anda akan berumur panjang dan beramal soleh
14.  Tahi
  • Tahi bermakna seksaan
  • Mimpi berusaha mensucikan tahi, ia bermakna akan terhapus dosa
  • Mimpi tahu juga bermakna harus waspada terhadap kaum musyrik dan ahli maksiat
  • Mimpi tahi kering, ia bermakna harta.
15.  Paru-paru
  • Paru-paru adalah organ manusia yang paling penting. Oleh itu paru-paru diibaratkan rumah kehidupan manusia
  • Mimpi paru-paru atau dalam dada anda terasa selesa, ia bermakna akan terselamat
  • Mimpi paru-paru atau dalam dada anda sesak atau tertekan, ia bermakna keburukan dan mintalah pertolongan kepada Allah
16.  Perut
  • Mimpi perut dalam keadaan sihat dan baik, ia bermakna akan mendapat kebaikan.
  • Mimpi perut dalam keadaan sakit, ia bermakna akan melakukan perbuatan haram.
  • Mimpi wanita hamil, ia bermakna akan mendapat rezeki, rahmat atau anak.
17.  Sepupu
  • Sepupu diibaratkan ahli keluarga, oleh itu mimpi pupu anda dalam keadaan sihat dan baik, maka ia bermakna keadaan keluarga anda dalam keadaan baik.
  • Mimpi sepupu anda dalam keadaan sakit, ia bermakna keluarga anda menghadapai masalah.
18. Orang
  • Mimpi orang yang tidak dikenali berakna akan berumur panjang dan bahagia di bumi ini serta anda akan mendapat keturunan yang ramai dan cantik-cantik
19.  Mata berwarna kuning
  • Mimpi mata berwarna kuning, ia bermakna hidup tidak selesa atau akan terjadi kesusahan dan goncang jiwa.
  • Bagi mereka yang mimpi matanya  berwarna kuning, maka segeralah memperbaiki diri, banyak-banyak lah membaca istighfar, berdoalah agar mendapat  rahmat dan kesembuhan.  Jangan memaksa diri terhadap sesuatu yang tidak sesuai.
20.  Mulut
  • Mimpi melihat mulut seseorang itu penuh dengan titisan madu, ia bermakna mereka adalah lelaki yang alim (berilmu) dan selalu berzikir.
  • Mimpi melihat seseorang yang mulutnya terkunci, ia bermakna orang tersebut menyembunyikan kebenaran atau akan menyesatkan.
21.  Muka Yang Berubah-Ubah
  • Mimpi melihat kaum yang mukanya selalu berubah menjadi hitam atau merah, ia bermakna kaum tersebut tergolong kaum yang derhaka.
  • Bagi mereka yang mimpi demikian hendaklah secepatnya bertaubat kepada Allah.
22.  Kuku
  • Mimpi memotong kuku, ia bermakna akan mengeluarkan zakat.
  • Mimpi memberi warna kuku dengan inai, ia bermakna akan mendapat kebaikan dunia dan akhirat.
  • Mimpi kukunya terlepas, ia bermakna kelemahan dan akan mendapat kerugian harta.
  • Mimpi kukunya kuat dan tajam, ia bermakna kedudukannya kukuh serta akan mendapat pertolongan.
23.  Kulit
  • Mimpi kulit manusia, ia bermakna kebaikan dan rezeki.
  • Mimpi kulit manusia berwarna hitam, ia bermakna akan mempunyai anak perempuan sekrianya isterinya hamil.
  • Mimpi kulit haiwan ternakan, ia bermakna kebahagiaan.
  • Mimpi kulit buaya, ia bermakna kekuatan dan kekuasaan.
24.  Kepala
  • Mimpi memotong rambut kepala dengan memakai pakaian ihram, ia bermakna akan naik haji.
  • Mimpi kepalanya dimakan burung, ia bermakna akan celaka.
  • Mimpi kepalanya ditumbuhi uban, ia bermakna akan mempunyai anak lelaki.
  • Mimpi memutarkan kepala, ia bermakna akan membuat perkara yang memalukan.
25.  Keringat (Peluh)
  • Mimpi peluh itu dalam keadaan biasa, ia bermakna akan hidup sihat.
  • Mimpi peluh berwarna hitam, ia bermakna perbuatan dosa.
  • Mimpi peluh berbau busuk, ia bermakna penyakit.
26.  Janggut
  • Lelaki mimpi berjanggut, ia bermakna akan mendapat kedudukan, harta benda serta kuat  dalam mengamalkan ajaran agama.
  • Mimpi melihat wanita berjanggut, ia bermakna wanita tersebut munafik atau akan mendapat kerugian.
  • Mimpi janggut berwarna putih, ia bermakna cahaya keimanan dan peringatan akan datangnya hari akhir.
27.  Jari
  • Mimpi jari bersih kuat serta sempurna ia bermakna kesembuhan dan akan panjang umur.
  • Mimpi jari anda bertambah atau berkurang ia bermakna anda akan sakit.
28.  Jelingan Mata
  • Mimpi melihat mata menjeling, ia bermakna anda harus berhati-hati.
  • Mimpi mata anda menjeling, ia bermakna peringatan agar memperbanyakkan istighfar dan segera bertaubat kepada Allah.
29.  Uban
  • Mimpi seseorang beruban, ia bermakna akan menempuh kematian.
  • Mimpi melihat anak kecil beruban, ia bermakna kelak anak tersebut akan cepat meninggal dunia, atau akan menjadi anak yang soleh.
  • Mimpi rambut beruban, ia bermakna peringatan agar segera bertaubat.
30.  Urat
  • Mimpi urat kaki dan tangan dalam keadaan kuat dan sihat, ia bermakna Allah akan selalu bersamanya.
  • Mimpi urat-urat lebam dan tidak sihat, ia bermakna akan mendapat murka Allah.  Oleh itu banyak membaca istighfar dan segera bertaubat.
31.  Gigi
  • Mimpi gigi dalam keadaan kuat, sihat, ia bermakna harta, pekerjaan dan anak-anak anda akan mendatangkan kebaikan.
  • Mimpi gigi dalam keadaan sakit atau tanggal, ia bermakna peringatan agar segera minta ampun kepada Allah.
32.  Lapang Dada
  • Mimpi berlapang dada, bermakna kegembiraan bagi orang-orang yang sedang susah dan Allah akan memuliakan perkara dunianya.
33.  Leher
  • Mimpi leher agak panjang, ia bermakna kebaikan dan kedudukan yang mulia serta kegembiraan.
  • Mimpi leher berubah menjadi leher pelanduk bermakna akan terjadi malapetaka.
 34.  Lidah
  • Anda mimpi seseorang lidahnya panjang bermakna orang tersebut adalah orang yang mendustakan agama Allah.
  • Anda mimpi melihat orang-orang soleh lidahnya panjang, ia bermakna mereka akan menjadi orang yang mulia dan mereka akan memberi petunjuk kebenaran dan akan banyak memberi manfaat.
  • Mimpi lidah tertutup, ia bermakna akan menanggung hutang, hidup dalam keadaan susah atau akan sakit.
  • Mimpi lidah anda pendek, ia bermakna akan tenang dan bahagia.
35.  Lumpuh
  • Mimpi lumpuh, ia bermakna berlaku zalim
  • Mimpi tangannya lumpuh, ia sering berbuat zalim.
  • Mimpi kakinya lumpuh, ia bermakna sering melangkah untuk kemaksiatan.
  • Mimpi tangan kanannya lumpuh, ia bermakna sering melanggar hak asasi manusia.
  • Mimpi tangan kirinya lumpuh, ia bermakna kawan karibnya akan pergi meninggalkannya.
36.  Isi Perut
  • Mimpi isi perut dalam keadaan baik, maka ia bermakna keluarganya akan baik
  • anda mimpi isi perut seseorang itu ada bara api, ia bermakna mereka selalu memakan harta anak yatim.
37.  Wajah (Muka)
  • Mimpi seseorang yang wajahnya bersinar, ia bermakna orang soleh.
  • Mimpi melihat wajah seseorang itu berwarna hitam, ia bermakna mereka adalah orang sesat.
  • Mimpi muka seseorang terluka atau bengkak-bengkak, ia bermakna mereka adalah orang yang banyak dosa dan salah.
  • Mimpi muka seseorang bersih berseri-seri bermakna akan mendapat kemuliaan.
  • Mimpi muka seseorang yang kotor, ia bermakna hidupnya penuh dengan kejahatan.
38.  Zakar
  • Mimpi buah zakar dalam keadaan baik bermakna anda akan selalu baik.
  • Mimpi buah zakar terpotong dan berada di tangan seseorang, ia bermakna orang tersebut akan hina hidupnya.

No comments:

Post a Comment